Bersama PUSOKO memelihara adat, budaya dan warisan Melayu untuk generasi sediada dan akan datang.
Persatuan ini ditubuhkan untuk memelihara, memartabatkan, dan mempromosikan warisan budaya Malaysia seperti seni tradisional, adat resam, bahasa, dan sejarah kepada generasi sediada dan akan datang.
Memupuk kemuafakatan budaya etnik yang diwarisi secara menyeluruh serta merapatkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Menyokong usaha memelihara adat dan budaya Melayu asli daripada terus dilupakan.
Berpeluang menyertai bengkel, seminar, aktiviti adat dan program warisan.
Berhubung dengan ahli dan komuniti yang mempunyai minat terhadap warisan budaya.
Mendapat pengesahan sebagai ahli Persatuan Waris Budaya Semalaysia.
Lengkapkan maklumat pada borang pembayaran BCL.my yang telah disediakan.
Jelaskan bayaran keahlian mengikut jumlah yang ditetapkan.
Maklumat pendaftaran akan disemak dan diproses oleh pihak persatuan.
Yuran pendaftaran hanya sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan, manakala yuran tahunan perlu dijelaskan setiap tahun.
Persatuan ini ditubuhkan untuk memelihara, memartabatkan, dan mempromosikan warisan budaya Malaysia seperti seni tradisional, adat resam, bahasa, dan sejarah kepada generasi sediada dan akan datang.
Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia bangsa Melayu berumur 18 tahun ke atas yang berminat dalam pemeliharaan warisan budaya.
Lengkapkan borang pembayaran BCL.my yang disediakan, buat bayaran, dan pendaftaran akan diproses oleh pihak persatuan.
Ya. Jumlah bayaran permulaan ialah RM35, iaitu RM25 yuran pendaftaran sekali sahaja dan RM10 yuran tahunan.
Aktiviti persatuan termasuk perubatan tradisional, carian susur jalur keturunan, bengkel seni tradisional, pameran budaya, seminar, lawatan tapak warisan dan program komuniti.
Sumber kewangan termasuk yuran ahli, sumbangan, tajaan, dan geran daripada agensi kerajaan atau organisasi berkaitan.
Ya. Ahli bawah 18 tahun perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.
No. K5-G & K5-1, Jalan TSN 1, Taman Salam Nadiah Gadong, Rembau 71350, Negeri Sembilan. Cawangan negeri ada di setiap negeri kecuali Sabah dan Sarawak yang akan dibuka kemudian.
Ahli dan orang awam boleh mengikuti media sosial rasmi atau melayari laman web persatuan untuk mendapatkan maklumat terkini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak sekretariat melalui emel atau nombor telefon rasmi persatuan.
Sila Lengkapkan Pendaftaran Di Bawah